Ada Apa Selepas Ramadhan ...

Bismillah,

Assalamualaikum Warohmatullah,

Ramadhan telah berlalu pergi,
Syawal pula yang kunjung tiba.

Adakah kita benar-benar telah mengoptimumkan 
segala latihan semasa Ramadhan ke dalam bulan Syawal ini?

Ikuti apa kata mereka...



Hadis diriwayatkan, pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menghidupkan ibadah malam, membangunkan keluarganya dan mengikat kainnya (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) tanda keseriusan dan ketekunan baginda dalam mengejar Laillatul Qadr. Alhamdulillah, berlalulah sudah sebulan tarbiyyah Ramadhan, bulan dimana lahirnya insan-insan beriman dengan kekukuhan taqwa. Kini Syawal menjelma tanda berakhirnya sebuah rutin dan latihan intensif. 

Namun, ada apa selepas Ramadhan? Pahit jerih pengorbanan yang dijalankan dengan penuh cabaran secara Fizikal, Intelektual, Emosi, dan Spiritual, tidaklah dilalui tanpa mengharapkan sebuah kemanisan pada penghujungnya. Ada sebuah kemenangan yang diimpikan para Muslimin yang berjaya menundukkan hawa nafsu dan melaksanakan 1001 kebaikan. Inilah Kemenangan yang direbutkan dan yang pasti.




Kami ingin menjemput anda ke sesi kuliah online :

penceramah jemputan
Fazrul Ismail

tarikh
September 11st (Ahad)

masa
USA 11 am EST
Malaysia 11 pm
Jepun / Korea12 pm
Australia (Melbourne) 1 am (Sept 12)

link untuk join


Eid Mubarak from us at MasterPIES USA :


Inda Samsi - Wan Khalil - Hazrool Haidzir - Ateeqa Nasha - Wan Nuha - Farid Burhan


 
  • Statistic